Muktamar PMRAM AKU


Salam MUKTAMAR pada sahabat² PMRAM yang disayangi. AKU dah lama sangat tak menggatal tangan dalam bidang pengUPDATEan blog seorang AKU ni. Maaf banyak².

Alhamdulillah pada 26 MAC 2009 lepas telah selesai MUKTAMAR PMRAM dan seorang AKU mewakili BKASM sebagai perwakilan kali ini. Dan tahun ni MUKTAMAR berlangsung secara sempurna dengan perbahasan perkara berbangkit yang ringkas dan padat. Tak seperti tahun² lepas yang penuh dengan persoalan² yang membuang masa. Diteruskan dengan perbahasan USUL² yang membina kekuatan ahli dalam mempertahankan pertubuhan yang kita sanjung dan sayangi dari jajahan dan taklukan pemikiran oleh anasir² yang cuba menggangu gugat persatuan yang kita jaga selama ini.

Dipengerusikan oleh mantan PRESIDEN PMRAM yang dihormati dan juga kita sayang Ustaz Khairul Anuar Bin Ismail. Yang mengutamakan tarbiyyah dan ukhuwah yang padu dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa dibawah pentadbiran beliau sebagai seorang mantan BADAN PENGURUS & PRESIDEN PMRAM. Jasamu kami kenang sampai bila².

Empat usul yang telah dicadang dan dibahaskan dalam MUKTAMAR kali ini;

1. (Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul)

Usul ini dibentangkan oleh Al Fadhil ustaz Mumtaz dari Dewan Perwakilan Zaqaziq. Memceritrakan tentang masalah perpecahan dan gangguan anasir² yang menyusahkan semua urusan dan dan menyusahkan adik² baru terutama pelajar perubatan di Zaqaziq yang baru sahaja tiba dengan niat utk menuntut ilmu tetapi diracun pemikiran mereka agar menolak dan membenci persatuan yang terlibat dengan PMRAM tetapi kelihatan mereka juga seperti terabai oleh janji² yang mereka tabur untuk membantu memudahkan pengurusan adik² yang sememangnya belum tahu apa². Sedangkan apa yang kita tahu selama pemerintahan DPMZ dengan PMRAM segala urusan alhamdulillah mudah. Tetapi apabila adanya anasir ini dan pertubuhan yang ditubuhkan atas dasar pemerintahan yang memang berteraskan PERPECAHAN ini kesulitan bertambah drastik apabila urusan kuliah, visa dan sebagainya menjadi seperti masalah besar yang merisaukan banyak pihak. Apa salah abang² senior yang cuba untuk membantu dengan ikhlas hati untuk memudahkan segala pengurusan hingga dibenci sebegitu rupa? Kalaulah diciptakan orang yang memudahkan itu untuk menyusahkan, apa perlunya ALLAH turunkan nabi untuk menerangi alam ini? Kenapa perlu ada pihak penyusah di kala ada insan yang telah sedia ada dikurniakan ALLAH untuk memudahkan?
Ahh. Lu pikir lah sendiri.
Semua perwakilan menyokong usul ini. Mabruk ustaz Mumtaz. Seorang AKU menyokong dengan sepenuh-penuh sokongan. ALLAHU AKBAR!!!

2. (Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM)

Di usulkan oleh sahabat AKU mewakili Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir saudara Mohd Firdaus Mazlan. Dibahaskan oleh para perwakilan dengan cadangan mempertahankan beberapa BKAN yang bernaung di bawah PMRAM selama ini tetapi cuba di bolak-balikkan oleh pihak² tertentu dengan alasan PMRAM adalah satu pertubuhan perpecahan yang bertentangan fikrah dan dituduh sebagai persatuan yang menghasut pelajar agar membenci kepimpinan negara. Sedangkan tak pernah AKU dengar statement² persatuan yang menghasut seperti mana yang dicanangkan oleh mulut² longkang ini. Padahal mulut² mereka ini yang telah menghasut agar ikatan ukhuwah yang kita bina selama ini berpecah untuk memudahkan mereka berleluasa mempengaruhi minda pelajar² agar mengikut pertubuhan mereka agar mudah mereka melaksanakan agenda² KHER BET mereka. Tetapi AKU berbangga dengan Anak² [Negeri 9 dan Pahang] yang fikrah mereka adalah fikrah agama dan kesatuan FILLAH.
Semua menyokong dan setia dengan usul ini.
Kami adalah PMRAM. ALLAHU AKBAR!!!

3. (
Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa)

Juga disokong.

4. (
"Menjayakan Dana Syaqah PMRAM")

Matan tak berapa ingat. Tapi mafhum nye semua faham. Mantan Presiden mewakili Badan Penasihat PMRAM Ustaz Hairul Nizam Mat Hussein mencadangkan supaya semua ahli menyumbang sebanyak LE 300 utk menjayakan pembelian Syaqah PMRAM pada hujung 2009 ini. Cadangan telah diundi dan majoriti menyokong cadangan tersebut. AKU kalau boleh nak jadi orang pertama menyumbang tetapi belum berkesempatan. InsyaALLAH AKU akan menjadi sebagai seorang penyumbang. Semoga dipermudah segala.

Untuk akhir sama² kita berdoa pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan. AMINN.

AKU + KAMI = PMRAM.
Kami setia bersamamu PMRAM. Selamanya untuk Islam.
ALLAHU AKBAR!!!
ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!


Diari Seorang AKU

Nikmat Kemenangan Itu


Alhamdulillah... ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!

AKU sedari awal lagi telah melihat. Sedari awal telah sedar. Yang PALESTIN itu takkan pernah jadi milik yang lain. Kerna PALESTIN selamanya adalah milik KITA. Kalam² NABI dan JANJI² ALLAH itu BENAR. DOA² kekuatan KITA adalah HAQ. Dari azali.. Kini... Selamanya PALESTIN adalah milik kita. Para MUJAHID itu adalah saudara² KITA. Dan selamanya MEREKA adalah KITA.

AKU terima forward message yahoo! Messenger Pengisytiharan Kemenangan dan Pejuang Palestin dari Blog Ustat Salman Maskuri AKU tersenyum seolah puas hati "Macam puas hati tengok orang jahat kene bunuh dalam citer KOREA". Terasa seolah nak menjerit biar satu mesir satu dunia dengar. AKU bersyukur. Syukur ALHAMDULILLAH.

WAR IS THE ONLY ANSWER. Hanya itu istilah yang SATU untuk mempertahan kedaulatan satu²NYA negara suci yang telah dibina dan KITA bela selamanya sedari dulu lagi. (Perdamaian/Perjanjian/Gencatan) semaua ini hanya NAMA. Yang tak akan pernah tertunai selagi mana bernafasnya sebuah nama yang tertera yang menjadi kebencian sedari lahirnya ISLAM dalam sanubari AKU. Sebaris kalimah yang bermakna LAKNAT bagi semua umat ISLAM di dunia dan alam maya. Yang digelar BANGSAT oleh AKU. Itulah israel LAKNATULLAH yang sememangnya WAJIB dan menjadi FARDHU atas setiap insan bergelar MUSLIM memerangi dan membenci dengan sebenar² kebencian. Tanpa ragu dan tanpa ada rasa takut hanya dengan ugutan yang diberikan oleh sekutu² nya.

TERIMA KASIH ALLAH. ALHAMDULILLAH sejuta harapan kami pohon dan harapkan, Secebis kemenangan yang KAU berikan, Itu adalah BAHAGIA seluruh alam kami rasakan. Berita ini yang AKU dengar hanya secebis tulisan kurasakan seolah jeritan kegembiraan pelusuk dunia. SYUKUR padamu YA ALLAH. Syukurku padamu tidak terhingga. Semoga kemenangan buat ISLAM ini adalah selamanya kekal dalam fitrah alam dunia akhir zaman yang AKU lalui kini. Amin... Amin... Amin... YA RAB AL ALAMIN.

~ Catatan Oleh Diari Seorang AKU ~

Kemenangan PAS adalah kemenangan RAKYAT.


Salam imtihan dan salam kemenangan buat saudara islam kita di mana² jua berada. Setelah berpuas hati dengan kemenangan islam kita di PRK P36 semalam, AKU mengucapkan jutaan syukur pada NYA kerana telah memaqbulkan doa kami utk membuktikan bahawa ISLAM itu HAQ dan ISLAM adalah BENAR dan ISLAM segala²nya.

Bukan kah sedih dikala kita bergembira meraikan kemenangan tetapi ada lagi dikalangan sahabat² kita yang masih berpegang dengan pendapat seperti dalam gambar yang AKU upload kat sebelah. Macam mana masih ada lagi yang berfikiran primitif macam ni? Sebagai rakyat selangor yang berfikir dan berpelajaran tinggi, inikah hasil pemikiran mantan mahasiswa islam yang dididik utk berfikir dan berwawasan seperti seorang PEMIKIR yang MEMIKIR. Sungguh malu AKU bila mendapat private message semacam ni. Sungguh AKU sedih bilamana seorang pemikir yang mendaulatkan ketuanan melayu masih lagi berfikir tentang pembangunan yang dijanjikan pimpinan yang tak pernah mengotakan janji² yang ditabur untuk mengaburi mata dan hati² rakyat kebanyakan yang telah lama menderita dek kekotoran pimpinan golongan atasan. Yang menjanjikan kebajikan harta untuk rakyat dan segalanya. Akhirnya penderitaan juga yang KITA harung.

Sedarlah KAWAN². KITA hidup atas dunia atas dasar islam. KITA hanya hidup di dunia dengan KASIH & SAYANG ALLAH. KITA dijadikan olehNYA sebagai khalifah yang ditugas untuk mendokong syariah agamaNYA. KITA hanya ada seorang UTUSAN yang telah menyampaikan apa yang KITA wajib kita sampaikan sesama KITA. Selama ni ada atau tidak barisan pimpinan yang kita sokong dengan sepenuh hati mempertahankan HAQ² KITA sebagai rakyat yang dipimpin sepertimana SAIDINA UMAR memimpin rakyatnya dahulu? Selama ini bebaskah KITA dari ajaran sekular yang melular tidak henti dalam fikiran pemuda-pemudi melayu yang sudah semestinya dilabelkan dengan gelaran (Muslimin Muslimah). Adakah pernah MEREKA BERFIKIR untuk mengatasi gejala sosial yang kian lama kian tumbuh dan segar di mana². Adik² kita yang kurang dengan sivik dan pendidikan moral dan agama telah musnah diracuni dengan pemikiran barat. Pergaulan bebas di selangor, Kl, Dimana² pun sering KITA dengar dan nampak dengan jelas. Tak pernah ada jurang diantara lelaki dan perempuan yang dah sahih ketidak halalan hubungan menjalinkan hubungan terbuka tanpa pernah ada rasa segan dan malu pada ALLAH. Sungguh AKU sebak bila memikirkan adik² yang sepatutnya bakal memimpin telah dirosakkan dengan KEBEBASAN yang tiada tara. Tidak pernah ada satu rasa sedih bilamana adik² KITA diisytiharkan MENGANDUNG luar nikah tatkala umur² MEREKA masih dilabelkan sebagai pelajar yang belum lagi mengenal ertyi kehidupan. Masih mentah pemikiran seorang adik yang KITA sering akui KITA SAYANG melalui zaman kehidupan yang penuh dengan kerosakan yang NYATA. Rempit, Bohsia, Adik perempuan MEROKOK, Ganja, Dadah, LAri dari rumah, Pub, Arak, Ladies Night, Apa lagi? Tak cukup ke dengan pimpinan pakatan kita berniat untuk menghapuskan satu²NYA punca yang menyebabkan semua ini berlaku? Pengharaman ARAK di SELANGOR. Adakah itu bukan kemajuan? KEMAJUAN apa lagi yang kita nak lihat? Kemajuan APA???

AKU tak sampai hati lagi nak tulis. AKU tak sampai hati nak bayang. Apa akan terjadi kalau pimpinan lama memerintah negeri kita khususnya. Jika kemajuan yang dibawa oleh pimpinan Tok Guru KITA pun masih lagi bukan KEMAJUAN yang KITA mahu, Terpulanglah pada MU wahai KAWAN² KU. Doa AKU semoga hidayah ALLAH tidak akan pernah berhenti untuk KITA. Semoga kita TERPELIHARA dibawah naungan jagaan NYA. Semoga hidup KITA hanya berdasarkan dua asas yang diturunkan pada KITA (ALQUR'AN & SUNNAH). Semoga AKU & KITA akan terus THABAT dalam mendokong titah dan perintah NYA. Semoga JANNATUL FIRDAUS adalah tempat untuk KITA SEMUA. AMIN... AMIN... AMIN... Ya RAB AL ALAMIN...

~ Catatan Oleh Diari Seorang AKU ~

Nikmat Kedamaian ITU

AKU dan TAIQO


7.00pm 13 OKTOBER 2003 - Satu tarikh keramat bagi AKU, TAIQO dan sahabat² ku. Menjejakkan kaki ke airport Cairo setelah beberapa jam menaiki pesawat qatar airways yang sempit macam bas selangor lama pudu - kuala selangor. Bas tu lagi luas rasenye. Berjalan menuju ke arah abang² senior yang menanti sedari 7 pagi katanya kerana dimaklumkan kami sampai sewaktu itu. Kesian sunggu abang² senior ku menunggu sekian lama. Menukar bas baru yang menyebabkan wang tambahan dihulurkan. Huhuhu.

AKU juga pahlawan PALESTINE





AKU bukanlah mujahid berkuda memegang panji berbekal senjata yang gagah untuk menghujum bebatu di jalanan. AKU bukan sekental Saidina Umar penghulu yang pernah membunuh anak perempuan sendiri dan akhirnya keinsafannya menbuktikan ALLAH itu BENAR, Islam itu HAQ. AKU tidak pernah berjuang dengan pahlawan agama terbilang penyuluh sekelian alam Nabi MUHAMMAD S.A.W. di zamannya bersama para sahabat yang berjiwa titanium.

Tapi AKU lah yang menyumbang pada kuatnya kekuatan LAKNATULLAH alyahud dan sekutunya. Dahulu AKU dan VICEROY ITU adalah satu. Dahulu tanpa VICEROY AKU lemah. Dahulu VICEROY itu AKU CINTA. Tetapi hakikatnya CINTA VICEROY itu adalah SIA². Kerana VICEROY itu tidak pernah CINTA pada AKU. Kerna CINTA AKU pada VICEROY adalah CINTA AKU pada YAHUDI LAKNATULLAH Dan CINTA AKU pada HINANYA AKU dimata SELURUHNYA.

Dan AKU mesti gagah untuk bisa AKU BENCI pada VICEROY itu. Agar bisa AKU hulurkan secebis CINTA aku pada saudara² ku di PALESTIN. AKU menyedari itu setelah menerima beberapa forward message di Yahoo! Messenger AKU yang memberitahu bahawasanya MEROKOK ADALAH PENYUMBANG PADA KEMARAAN ISRAEL DI GAZA. Oh betapa berdosa nya AKU rasakan. AKU kini adalah pembenci VICEROY. Semoga niat untuk berenti MEMVICEROY ini adalah FITRAH buat AKU. Dan semoga dengan kebencian KITA pada semua keluaran yang juga menyumbang pada kematian saudara² kita da SANA akan diberkati dan membantu kemaraan mereka menentang yahudi LAKNAT. Dan semoga diterima DOA² kita semua. Amin YA RABB AL ALAMIN...

"PALESTIN ITU ADALAH MILIK AKU"
"PALESTIN ITU ADALAH MILIK KITA"

Islamios KEMBALI sebagai Seorang AKU

Salam pertemuan.

Setahun sudah terkubur blog ini dari penulisan sang AKU nya. Entah semangat ape yang mendorong aku memberi kekuatan untuk meneruskan apa yang dah aku mulakan sejak aku mengenali blog buat kali pertama tahun 2005 dulu.

Sekarang ini setelah melihat penindasan demi penindasan tak kira dimana-mana. Tak kira agama. Entah ape nak jadi dengan makhluk yang memang tak pernah rasa syukur atas semua nikmat yang ALLAH dah beri.

Logo sebelah tu dah boleh bagitau apa maksud nya AKU ini meletakkan nya disebelah agaknya. Kena pulak di kala pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu P36 itu. Islam itu tinggi dan tidak menyusahkan. Cukup dengan penderitaan yang dialami rakyat ini dilakukan oleh pemimpin agung harapan kita sejak lama. Cukup sudah kemiskinan jiwa yang kita alami dengan pimpinan ulama'² hadhari yang AKU pernah bela dahulu. Ketika aku masih dipanggil bawah umur. Tak kenal erti kebahagian sebenar. Hakikat kehidupan didikan ulama' dan senior² yang mentarbiyah diri dalam mengenal erti BAHAGIA rohani ma'nawi.

Seorang AKU yang menyesali kerna lewat untuk mengenali semua itu. Tetapi akan sentiasa bersyukur kerna hati ini telah ditetapkan di sini. Tempat lahirnya ulama'² agung. Alhamdulillah.

Untuk akhir hanya satu permintaan seorang AKU agar pemilihan pimpinan yang bakal kita ikuti dan akan kita sayangi mesti berdasarkan pemilihan ALLAH. Doa dan minta petunjuk agar semua nya datang, hadir hanya dari NYA.

Tidak lupa utk saudara kita yang sedang bertumpah darah mengharungi yahudi LAKNATULLAH. Semoga doa kami sampai terus kehati kalian. Moga kalam² kami bisa menyumbang sedikit kekuatan buat kalian. Hanya padaNYa kami berdoa agar kalian kekal dan thabat. Agar doa kami ini juga syafaat utk kami ke SYURGA NYA. Amin amin amin YA RAB EL ALAMIN...

© ©COPYRIGHT 2005 - 2009. TSMC. Design by ; KUPIAH KELABU

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com