Kemenangan PAS adalah kemenangan RAKYAT.
Salam imtihan dan salam kemenangan buat saudara islam kita di mana² jua berada. Setelah berpuas hati dengan kemenangan islam kita di PRK P36 semalam, AKU mengucapkan jutaan syukur pada NYA kerana telah memaqbulkan doa kami utk membuktikan bahawa ISLAM itu HAQ dan ISLAM adalah BENAR dan ISLAM segala²nya.
Bukan kah sedih dikala kita bergembira meraikan kemenangan tetapi ada lagi dikalangan sahabat² kita yang masih berpegang dengan pendapat seperti dalam gambar yang AKU upload kat sebelah. Macam mana masih ada lagi yang berfikiran primitif macam ni? Sebagai rakyat selangor yang berfikir dan berpelajaran tinggi, inikah hasil pemikiran mantan mahasiswa islam yang dididik utk berfikir dan berwawasan seperti seorang PEMIKIR yang MEMIKIR. Sungguh malu AKU bila mendapat private message semacam ni. Sungguh AKU sedih bilamana seorang pemikir yang mendaulatkan ketuanan melayu masih lagi berfikir tentang pembangunan yang dijanjikan pimpinan yang tak pernah mengotakan janji² yang ditabur untuk mengaburi mata dan hati² rakyat kebanyakan yang telah lama menderita dek kekotoran pimpinan golongan atasan. Yang menjanjikan kebajikan harta untuk rakyat dan segalanya. Akhirnya penderitaan juga yang KITA harung.
Sedarlah KAWAN². KITA hidup atas dunia atas dasar islam. KITA hanya hidup di dunia dengan KASIH & SAYANG ALLAH. KITA dijadikan olehNYA sebagai khalifah yang ditugas untuk mendokong syariah agamaNYA. KITA hanya ada seorang UTUSAN yang telah menyampaikan apa yang KITA wajib kita sampaikan sesama KITA. Selama ni ada atau tidak barisan pimpinan yang kita sokong dengan sepenuh hati mempertahankan HAQ² KITA sebagai rakyat yang dipimpin sepertimana SAIDINA UMAR memimpin rakyatnya dahulu? Selama ini bebaskah KITA dari ajaran sekular yang melular tidak henti dalam fikiran pemuda-pemudi melayu yang sudah semestinya dilabelkan dengan gelaran (Muslimin Muslimah). Adakah pernah MEREKA BERFIKIR untuk mengatasi gejala sosial yang kian lama kian tumbuh dan segar di mana². Adik² kita yang kurang dengan sivik dan pendidikan moral dan agama telah musnah diracuni dengan pemikiran barat. Pergaulan bebas di selangor, Kl, Dimana² pun sering KITA dengar dan nampak dengan jelas. Tak pernah ada jurang diantara lelaki dan perempuan yang dah sahih ketidak halalan hubungan menjalinkan hubungan terbuka tanpa pernah ada rasa segan dan malu pada ALLAH. Sungguh AKU sebak bila memikirkan adik² yang sepatutnya bakal memimpin telah dirosakkan dengan KEBEBASAN yang tiada tara. Tidak pernah ada satu rasa sedih bilamana adik² KITA diisytiharkan MENGANDUNG luar nikah tatkala umur² MEREKA masih dilabelkan sebagai pelajar yang belum lagi mengenal ertyi kehidupan. Masih mentah pemikiran seorang adik yang KITA sering akui KITA SAYANG melalui zaman kehidupan yang penuh dengan kerosakan yang NYATA. Rempit, Bohsia, Adik perempuan MEROKOK, Ganja, Dadah, LAri dari rumah, Pub, Arak, Ladies Night, Apa lagi? Tak cukup ke dengan pimpinan pakatan kita berniat untuk menghapuskan satu²NYA punca yang menyebabkan semua ini berlaku? Pengharaman ARAK di SELANGOR. Adakah itu bukan kemajuan? KEMAJUAN apa lagi yang kita nak lihat? Kemajuan APA???
AKU tak sampai hati lagi nak tulis. AKU tak sampai hati nak bayang. Apa akan terjadi kalau pimpinan lama memerintah negeri kita khususnya. Jika kemajuan yang dibawa oleh pimpinan Tok Guru KITA pun masih lagi bukan KEMAJUAN yang KITA mahu, Terpulanglah pada MU wahai KAWAN² KU. Doa AKU semoga hidayah ALLAH tidak akan pernah berhenti untuk KITA. Semoga kita TERPELIHARA dibawah naungan jagaan NYA. Semoga hidup KITA hanya berdasarkan dua asas yang diturunkan pada KITA (ALQUR'AN & SUNNAH). Semoga AKU & KITA akan terus THABAT dalam mendokong titah dan perintah NYA. Semoga JANNATUL FIRDAUS adalah tempat untuk KITA SEMUA. AMIN... AMIN... AMIN... Ya RAB AL ALAMIN...
~ ~
Posted at 4:33 PM | Label: Cerita seorang AKU |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pandang, Baca, Ulas, Sampaikan.:
Post a Comment