Muktamar PMRAM AKU


Salam MUKTAMAR pada sahabat² PMRAM yang disayangi. AKU dah lama sangat tak menggatal tangan dalam bidang pengUPDATEan blog seorang AKU ni. Maaf banyak².

Alhamdulillah pada 26 MAC 2009 lepas telah selesai MUKTAMAR PMRAM dan seorang AKU mewakili BKASM sebagai perwakilan kali ini. Dan tahun ni MUKTAMAR berlangsung secara sempurna dengan perbahasan perkara berbangkit yang ringkas dan padat. Tak seperti tahun² lepas yang penuh dengan persoalan² yang membuang masa. Diteruskan dengan perbahasan USUL² yang membina kekuatan ahli dalam mempertahankan pertubuhan yang kita sanjung dan sayangi dari jajahan dan taklukan pemikiran oleh anasir² yang cuba menggangu gugat persatuan yang kita jaga selama ini.

Dipengerusikan oleh mantan PRESIDEN PMRAM yang dihormati dan juga kita sayang Ustaz Khairul Anuar Bin Ismail. Yang mengutamakan tarbiyyah dan ukhuwah yang padu dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa dibawah pentadbiran beliau sebagai seorang mantan BADAN PENGURUS & PRESIDEN PMRAM. Jasamu kami kenang sampai bila².

Empat usul yang telah dicadang dan dibahaskan dalam MUKTAMAR kali ini;

1. (Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul)

Usul ini dibentangkan oleh Al Fadhil ustaz Mumtaz dari Dewan Perwakilan Zaqaziq. Memceritrakan tentang masalah perpecahan dan gangguan anasir² yang menyusahkan semua urusan dan dan menyusahkan adik² baru terutama pelajar perubatan di Zaqaziq yang baru sahaja tiba dengan niat utk menuntut ilmu tetapi diracun pemikiran mereka agar menolak dan membenci persatuan yang terlibat dengan PMRAM tetapi kelihatan mereka juga seperti terabai oleh janji² yang mereka tabur untuk membantu memudahkan pengurusan adik² yang sememangnya belum tahu apa². Sedangkan apa yang kita tahu selama pemerintahan DPMZ dengan PMRAM segala urusan alhamdulillah mudah. Tetapi apabila adanya anasir ini dan pertubuhan yang ditubuhkan atas dasar pemerintahan yang memang berteraskan PERPECAHAN ini kesulitan bertambah drastik apabila urusan kuliah, visa dan sebagainya menjadi seperti masalah besar yang merisaukan banyak pihak. Apa salah abang² senior yang cuba untuk membantu dengan ikhlas hati untuk memudahkan segala pengurusan hingga dibenci sebegitu rupa? Kalaulah diciptakan orang yang memudahkan itu untuk menyusahkan, apa perlunya ALLAH turunkan nabi untuk menerangi alam ini? Kenapa perlu ada pihak penyusah di kala ada insan yang telah sedia ada dikurniakan ALLAH untuk memudahkan?
Ahh. Lu pikir lah sendiri.
Semua perwakilan menyokong usul ini. Mabruk ustaz Mumtaz. Seorang AKU menyokong dengan sepenuh-penuh sokongan. ALLAHU AKBAR!!!

2. (Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM)

Di usulkan oleh sahabat AKU mewakili Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir saudara Mohd Firdaus Mazlan. Dibahaskan oleh para perwakilan dengan cadangan mempertahankan beberapa BKAN yang bernaung di bawah PMRAM selama ini tetapi cuba di bolak-balikkan oleh pihak² tertentu dengan alasan PMRAM adalah satu pertubuhan perpecahan yang bertentangan fikrah dan dituduh sebagai persatuan yang menghasut pelajar agar membenci kepimpinan negara. Sedangkan tak pernah AKU dengar statement² persatuan yang menghasut seperti mana yang dicanangkan oleh mulut² longkang ini. Padahal mulut² mereka ini yang telah menghasut agar ikatan ukhuwah yang kita bina selama ini berpecah untuk memudahkan mereka berleluasa mempengaruhi minda pelajar² agar mengikut pertubuhan mereka agar mudah mereka melaksanakan agenda² KHER BET mereka. Tetapi AKU berbangga dengan Anak² [Negeri 9 dan Pahang] yang fikrah mereka adalah fikrah agama dan kesatuan FILLAH.
Semua menyokong dan setia dengan usul ini.
Kami adalah PMRAM. ALLAHU AKBAR!!!

3. (
Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa)

Juga disokong.

4. (
"Menjayakan Dana Syaqah PMRAM")

Matan tak berapa ingat. Tapi mafhum nye semua faham. Mantan Presiden mewakili Badan Penasihat PMRAM Ustaz Hairul Nizam Mat Hussein mencadangkan supaya semua ahli menyumbang sebanyak LE 300 utk menjayakan pembelian Syaqah PMRAM pada hujung 2009 ini. Cadangan telah diundi dan majoriti menyokong cadangan tersebut. AKU kalau boleh nak jadi orang pertama menyumbang tetapi belum berkesempatan. InsyaALLAH AKU akan menjadi sebagai seorang penyumbang. Semoga dipermudah segala.

Untuk akhir sama² kita berdoa pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan. AMINN.

AKU + KAMI = PMRAM.
Kami setia bersamamu PMRAM. Selamanya untuk Islam.
ALLAHU AKBAR!!!
ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!


Diari Seorang AKU

0 Pandang, Baca, Ulas, Sampaikan.:

© ©COPYRIGHT 2005 - 2009. TSMC. Design by ; KUPIAH KELABU

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com