Asyura v2_0

Sepuluh Muharam adalah hari memperingati dan menghayati kebesaran Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya. Berdasarkan lipatan sejarah Islam, Nabi Musa berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda bersyukur di atas kebesaran Allah yang Maha berkuasa menyelamatkan baginda serta pengikutnya daripada ancaman Firaun.

Berpuasa pada hari Asyura sangat besar ganjaran pahalanya. Abu Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasullah saw yang bermaksud: “Rasullah saw ketika ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura, baginda menjawab: Amalan itu dapat melupuskan dosa setahun yang lalu.”

Al Baihaqi pula meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan 10 Muharam dan jangan kamu meniru cara orang Yahudi.”

Amalan bersedekah juga turut digalakkan. Abu Musa Al Madani meriwayatkan daripada Umar yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun lamanya dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura bagaikan bersedekah satu tahun.”

Menggembirakan keluarga dan saudara terdekat juga turut disarankan. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan lapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.”

Berdoa kepada Allah boleh dilaksanakan sepanjang masa, malah ia lebih baik lagi jika dilaksanakan pada waktu yang mustajab. Dalam keadaan berpuasa pada hari Asyura sebaiknya kesempatan perlu diambil untuk berdoa kepada Allah memandangkan orang yang berpuasa itu termasuk di kalangan mereka yang diperkenankan doanya.

Di sepanjang bulan ini juga umat Islam turut digalakkan mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka. Memperbanyakkan amalan zikir, menziarahi orang sakit dan lain-lain.

Sebenarnya, Muharam adalah bulan pertama mengikut kiraan tahun Hijrah. Banyak amalan yang dianjurkan agama Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.

Kehadiran Muharam sewajarnya disambut dengan doa: “Ya Allah limpahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhamad saw berserta keluarga dan semua sahabatnya. Ya Allah Engkau zat yang kekal abadi, sedia ada. Dengan anugerah dan kemurahan-Mulah zat Yang Maha Agung, kami menggantungkan nasib.

“Sekarang tahun baru sudah tiba, kami memohon perlindungan sepanjang tahun ini daripada segala godaan syaitan dan jin. Berilah kami pertolongan untuk menghindarkan diri daripada segala nafsu yang mengajak kepada melakukan kejahatan.

“Bimbinglah kami dengan segala yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Semoga selawat tetap ke atas junjungan kami nabi Muhamad saw berserta semua keluarga dan sahabat-sahabatnya.”

4 Pandang, Baca, Ulas, Sampaikan.:

Anonymous said...

blog ni best! tahniah!

Anonymous said...

Hi, Added a new value add to my blog this weekend - a news widget from www.widgetmate.com. I always wanted to show latest news for my keywords in my sidebar. It was very easy with this widget. Just a small copy paste and it was done. Great indeed.

Anonymous said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

Anonymous said...

harap lps2 ni wt kelebihn setiap kdtgn buln2 islam...xramai yg igt akn klbhn & kurg m'p'igti bln2 hijrah...moga terus thabat...

© ©COPYRIGHT 2005 - 2009. TSMC. Design by ; KUPIAH KELABU

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com