Asyura

HARI Asyura pada 10 Muharam mengandungi pelbagai peristiwa penting yang boleh dijadikan iktibar dan renungan bersama. Ganjaran pahala besar disediakan kepada umat Islam yang berpuasa sunat pada hari itu.

Antara peristiwa penting dalam sejarah Islam pada hari itu ialah:

1. Allah menerima taubat Nabi Adam as sehingga bersih daripada segala dosa dan kesilapannya.

2. Allah mengangkat Nabi Idris ke tempat yang tinggi.

3. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kekejaman raja Namrud yang membakarnya hidup-hidup, namun apabila api padam, Nabi Ibrahim keluar dalam keadaan sihat sejahtera. Ini membuktikan Kebesaran Allah yang Maha Mencipta segala-galanya.

4. Allah mengeluarkan Nabi Yusuf daripada penjara setelah merengkuk beberapa tahun berikutan fitnah Siti Zulaikha.

5. Allah menyelamatkan Nabi Nuh serta pengikutnya daripada banjir besar yang melanda dunia selama enam bulan.

6. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakub sesudah buta beberapa lama akibat terlalu menangisi kehilangan anaknya, Nabi Yusuf.

7. Nabi Yunus keluar daripada perut ikan setelah berada selama 40 hari 40 malam. Baginda terselamat setelah berzikir di dalam perut ikan itu.

8. Allah menyelamatkan Nabi Musa yang terperangkap di Laut Merah daripada serangan Firaun dan bala tenteranya dengan membelah laut.

9. Allah mengampuni kesilapan Nabi Daud.

10. Allah mengurniakan kerajaan yang besar kepada Nabi Sulaiman.

11. Allah mengangkat Nabi Isa ke langit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya.

12. Hari pertama Allah menjadikan alam.

13. Hari pertama Allah menurunkan Rahmat-Nya.

14. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

15. Hari pertama Allah menjadikan Lauh Mahfuz.

16. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

0 Pandang, Baca, Ulas, Sampaikan.:

© ©COPYRIGHT 2005 - 2009. TSMC. Design by ; KUPIAH KELABU

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com