[ Jika Kamu ]

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.




Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.<

Image hosted by Photobucket.com

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu
kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.....

4 Pandang, Baca, Ulas, Sampaikan.:

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t.
memang kita perlu utk menghadapi apa jua situasi yg berlaku dihdpn mata kita ............terima seadanya ..........namun, kita tetap tak tahu aper yg akn berlaku pd esok hr !alaisa kazalik?izan,try to be what do you want to be!

didie said...

assalamualaikum is, selamat berkenalan.
tapi kan, kat UK ni, ada undang2 untuk menjaga kebajikian binatang2, kalau kita mengail, dapat ikan kecil, memang kena lepaskan, kononnya nak jiaga kebajikan ikan tu dari diambil org ketika masih kecil..
tulah bezanya hukum Allah dengan hukum manusia...

Seorang AKU said...

(^_^)

Salam kedua dua nya.. Suka sangat bile ade orang komen blog nie walaupun telah lama tidak diolah.. Terima kasih atas soalan soalan mahupun apa yang kalian berikan..

Mungkin situasi kalian dalam ketika membaca artikel nie dalam keadaan tidak tenteram.. dan is juga ade merasai.. dan suatu hari kalian akan dapati yang astikel ini adalah benar.. :)

Is ucap terima kasih pada kalian... Islam itu indah kan?
Apa² pun boleh mail is..

(iskehe@yahoo.com)

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Speed air filter Videos voyeurs com Adult baby penis

© ©COPYRIGHT 2005 - 2009. TSMC. Design by ; KUPIAH KELABU

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com