Maaf pada semua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
islamios ingin meminta maaf teruatamanya pada kak ana is yang mengumumkan beliau adalah pengunjung setia blog is yang tak seberapa nie...Ade dua paper lagi utk dibereskan. rabu depan insyaallah abis la tue.. mohon doa deri sahabat sahabat yg sudi mengunjungi blog ini... wassalam...

.: indahnya diciptakan sbg Seorang Wania :.

Indah seorang wanita tiada siapa yang dapat manta'rifkan bagaimana indah nya seorang insan yang dilahirkan di dunia ini dengan nama [PEREMPUAN]... Tak percaya? Entahlah.. Tapi memang indah insan bernama wanita itu...


1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.




7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.




13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

[exam...exam...exam...exam...exam...]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!! Laman ini terpaksa mentawaqufkan postnya utk memberi ruang pada islamios utk menstrugglekan dirinya menghadapi peperiksaan utk fasa 2 ini. Semoga doa kalian bisa hadir bersama kestrugglelan aku yang study last-last minit nie... huhuhuhuhu!!!

Tensannnnnnn!!! tue laa suruh study mein com.. kan dah tensennnnn hua hua hua.... tolong oiiiii... aku dah frust giler babeng nieeee.... rojer n out!!!!!!!

TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!


Image hosted by Photobucket.com

[ Jika Kamu ]

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.




Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.<

Image hosted by Photobucket.com

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu
kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.....

kiamat sudah dekat

Image hosted by Photobucket.com

Alim ulama menerangkan ketika da'wah terhenti sebentar ada 3 perkara besar terjadi:

1. Diangkatnya ketakutan dari hati orang kafir terhadap orang Islam
2. Banyak orang kembali murtad dan sebagian tidak mau lagi membayar zakat.
3. Munculnya Nabi palsu, Musailamah al Kahza

Image hosted by Photobucket.com
# Abu Bakar ra berkata,

"Aku lebih rela istri-istri nabi diserang musuh dan bangkainya dicabik-cabik serigala daripada agama dan usaha agama ini terhenti".

#Menurut imam Al-Ghazali, kurnia Allah yang dimaksudkan dalam hadith ini bukanlah kurnia untuk orang kaya yang dapat mengamalkan tasbih tersebut sambil menderma harta mereka di jalan Allah, tapi apa yang dimaksudkan dengan kurnia (yang khas) itu ialah TASBIH YANG DIUCAPKAN OLEH ORANG MISKIN LEBIH TINGGI NILAINYA DARI TASBIH YANG DIUCAPKAN OLEH ORANG KAYA.

#Apabila seorang hamba (mukmin) itu telah ada kebesaran Allah dalam hatinya, maka kebesaran yang lain (makhluk) tidak akan masuk ke dalam hatinya (termasuk kebesaran dirinya sendiri). Jadilah hatinya seperti bejana (sejenis bekas) yang berlubang. Tidak ada sebarang cairan pun yang akan mauk ke dalamnya. Tatkala itu Allah akan berkata kepadanya seperti Raja (MalikurRayyan) berkata kepada Nabi Yusuf Alaihissalam: Beta mengangkat kamu (Yusuf) pada kedudukan yang hampir di sisi Beta.
Allah akan memberikannya panji-panji (kebesaran). Ke mana pun dia pergi maka dia akan membawa panji-panji tersebut bersamanya".

#Antara tanda orang yang ikhlas ialah hatinya tidak terkesan dengan pujian dan tidak terkesan dengan cacian.Tidak kembang hidung bila di puji dan tidak melenting bila dicaci. Terus istiqamah dalam amal.

Gambaran orang yang tidak ikhlas pula ialah terus amal bila dipuji dan berhenti amal bila dicaci. Ringkasnya tidak istiqamah.

Moga Allah swt mengurniakan kita sifat ikhlas dan istiqamah. Insyaallah.

#Barangsiapa yang mengorbankan diri dan harta tanpa mengharapkan apa-apa bahagian di dunia dan menanti-nanti bahagian di akhirat merupakan orang yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak. Insya Allahu Ta'ala.

#Bagi wanita, apabila mereka dapat taat kepada suami mereka, semua amal kebaikan yang suaminya lakukan akan dapat pada isterinya juga (berkait dengan satu hadis ).

Jadi galakkan suamimu sembahyang di masjid, keluar ke jalan Allah s.w.t., buat ghash, ziarah dan apa2 kerja agama yang lain.

Semoga berdua bertemu kembali di Jannah...

Nilai Tudung Wanita

    ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

    Image hosted by Photobucket.com


    Di sini ISLAMIOSingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

    Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

    Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

    Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

    Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

    Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

    Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

    Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

    Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

    Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

    Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

    Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

    Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

    Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

    Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

    Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

    Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

    Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


bukankah tudung itu indah

Gambar kanak kanak muktamar

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh... Setelah dibelasah sebanyak namblas kali oleh beberapa exco key ell yang salah seorangnya adalah pengunjung setia http//:islamios.blogspot.com EN HALIM OTHMAN kerana terlewat meletakkan gambar beliau ke dalam blog ini maka saya selaku blogmaster bagi blog ini dengan rsaminya meletakkan gambar gembar beberapa peserta MUKTAMAR SANAWI PMRAM 2005 utk tatapan pengunjung blog ini... sekian dengan lafaz "hah!! amik nie.. tgk puas puas" keh keh keh jangan marah utz halim... rojer n out.






















Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com



wajah-wajah perwakilah muktamar sanawi 2005

Beberapa mimik muka para perwakilan DPMTANTA dan beberapa lagi dari perwakilan muhafazah lain yang sempat dirakam oleh ISLAMIOS pada hari berlangsungnya MUKTAMAR SANAWI PMRAM 2005. Bermacam macam ragam perwakilan bole dilihat. He he tapi sume dengar tue.. ok wassalam...


MEMPERKASA WAHDAH MENYEMARAK ILTIZAM

Kompas Di Langit

Image hosted by Photobucket.com

Bagi anda yang tersesat dalam perjalanan dan tidak pula membawa kompas, bila malam menjelang lihatlah kepada bintang di langit jika tidak ada awan mendung menutupinya.

Nampakkah anda kepada satu formasi bintang yang kelihatan seperti sebuah gayung? Terdapat tujuh bintang kesemuanya yang membentuk formasi gayung tersebut. Setengah-setengah orang memanggilnya 'Bintang Tujuh'
tapi saintis memanggilnya 'The Bid Dipper" (Gayung Besar).

Untuk panduan anda, lihatlah kepada hujung 'gayung' itu (bukan hujung bahagian tangkai tapi hujung bahagian satu lagi iaitu bahagian ceboknya). Daripada hujung itu buat satu garisan lurus. Ia akan menuju terus kepada sebiji bintang yang menyinar terang. Itulah "Bintang Utara" atau "The North Star". Untuk pengetahuan anda, Bintang Utara ini sentiasa berada di atas Kutub Utara bumi. Garisan lurus dari hujung "The Big Dipper" ke "Bintang Utara" itulah arah Utara.

Jadi, jika anda tersesat ke mana-mana dan tiada kompas atau pedoman, janganlah risau. 'Kompas di langit' ada untuk dijadikan panduan

klik sini utk paparan gambarajah.



Kelebihan Ummat Nabi Muhammad SAW

# Ummat terakhir tetapi masuk syurga paling awal
# Umur pendek, Amal Sedikit - Ganjaran Besar
# Niat buat baik satu hasanah dicatit. Amalkan yg diniat dapat 10 - 700 kali ganda ganjaran.
# Niat buat jahat tidak tercatit apa-apa dalam buku amalan. Bila dibuat satu kejahatan hanya dicatit satu sahaja.
# Banyak buat dosa dan maksiat tapi Allah ampunkan apabila bertaubat
# Allah SWT beri kerja seluruh nabi-nabi a.s kepada mereka. Di akhirat wajah mereka bercahaya seperti nur muka para anbiya' a.s.
# Allah kurniakan solat 5 waktu yang sempurna - himpunan solat seluruh malaikat.


nurishanies@yahoo.com

Tanggungjawab Wanita

Tanggung Jawab Wanita
oleh Maulana Syamim

Segala apa yang diciptakan oleh Allah SWT diciptakan untuk kita semua. Kita semua pula dijadikan untuk suatu maksud yang mulia, untuk membawa sifat-sifat yang mulia di dalam diri kita. Jangan kita lupa maksud kita kerana itulah keunggulan kita. Selagi kita menunaikan maksud ini, Allah SWT akan memberi faedah daripada segala ciptaannya. Kalau kita abaikan maksud kita, kita tidak akan dapat manfaat daripada rupa dan bentuk iaitu wang, rumah, kecantikan, dsb. Malah kita akan dapat kerugian.

Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar si-laki mencari makan dan si-perempuan masak, tapi adalah bagaimana kita boleh bawa agama kepada diri kita dan seluruh alam. Dari hari pertama kerasulan, Rasulullah SAW tidak berseorangan, tetapi bersamanya adalah Khadijah RdA (seorang perempuan), Abu Bakar RdA (seorang lelaki), Ali KW (seorang budak), Zaid RdA (seorang hamba). Setiap macam orang dapat difahamkan maksud hidup mereka.

Yang paling awal masuk Islam adalah kaum wanita (Khadijah RdA). Yang paling awal korban nyawa untuk agama adalah kaum wanita (Sumaiyyah RdA). Yang paling awal korban harta untuk agama adalah kaum wanita (Khadijah RdA).

Selepas Rasulullah SAW berjumpa Jibril AS, dipeluk, dsb. dan mendapat kenabian, yang beri dorongan utama dan ‘sympathiser’ utama adalah Khadijah RdA. Dia memujuk Rasulullah SAW dan membawanya berjumpa pakciknya Waraqah bin Naufal, yang mengatakan bahawa itulah malaikat seperti yang datang kepada Musa AS, dan kalau dia muda dia akan ikut Rasulullah SAW dan bersama Baginda SAW bila kaum Baginda SAW menghalau Baginda SAW. Rasulullah SAW ketakutan, dan Khadijah RdA bersimpati dan berakhlak baik dan dengan itu dapat sediakan hati Rasulullah SAW untuk memikul kenabian. Sejarah menunjukkan bahawa Nabi-nabi AS yang mendapat sokongan isteri-isteri mereka Rda lebih berhasil.

Wanita mempunyai kuasa yang besar. Kalau wanita beragama, maka agama akan tersebar ke seluruh manusia. Wanita diperbuat daripada tulang rusuk kiri. Tulang ini dekat dengan hati - wanita sangat mudah untuk mempengaruhi lelaki. Sebab itulah musuh Islam menggunakan wanita untuk rosakkan Islam – mereka merosakkan wanita-wanita Islam.


Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar. Wanita lebih ramai di dunia ini - wanita adalah 2/3 dari penduduk dunia. Kalau wanita beragama bermakna 2/3 dunia beragama. Walaupun tiada nabi wanita, tetapi setiap nabi AS lahir daripada wanita. Ada nabi AS tiada bapa tapi (selain nabi Adam AS) tiada yang tiada ibu. Wanitalah yang memberi dorongan dan didikan. Anak-anak dibentuk oleh ibu.

Allah SWT telah beri wanita hikmah dan kebijaksanaan bagaimana nak ambil kerja dari orang lain. Misalnya, dia boleh suruh dan pujuk suami atau anak supaya pergi ke kedai 5 atau 10 kali. Bila ini digunakan untuk agama, mustahil suaminya atau anaknya tidak beragama, jika dikehendaki oleh seseorang wanita itu. Gunalah hikmah dan kebijaksanaan ini supaya rumahtangga kita jadi tempat tersebarnya hidayat. Kalau tidak, ia akan jadi tempat tersebarnya kesesatan.

Sahabat Amar bin Jamuh RdA mempunyai kaki yang tempang tetapi hatinya ingin keluar ke jalan Allah SWT di medan Uhud. Isterinya sedih dan inginkan supaya beliau dapat pergi. Isterinya gunakan hikmah sindiran dengan mengatakan bahawa beliau bukan betul-betul nak pergi sangat. Dengan itu, Amar bin Jamuh RdA pergi berjumpa Rasulullah SAW dan desak juga supaya dibenarkan pergi. Beliau ingin berjalan di syurga dengan kakinya yang tempang. Setelah dibenarkan, beliau pergi dan syahid di Uhud. Isterinya pergi ke Uhud untuk membawa mayat suaminya untuk ditanam di Madinah, tetapi unta yang membawa mayat itu tidak mahu pulang ke Madinah. Bila ditanya Rasulullah SAW, isterinya memberitahu yang beliau telah doa tiga kali supaya beliau tidak kembali ke keluarga. Rasulullah SAW beritahu yang doa beliau telah diterima. Beliau dikebumikan bersama para syuhada' di Uhud.

Keinginan sahabiah RdA adalah supaya mereka bangun di hari qiamat dipanggil ibu kepada syahid, isteri kepada syahid, dsb. Hari ini keinginan kita adalah bagaimana kita dapat rumah besar, dsb. Setiap sahabiah RdA berkeinginan untuk ahli keluarga mereka syahid lebih daripada keinginan kita untuk rumah besar. Ini semua kerana cinta mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Ketika Uhud wanita-wanita telah mendengar khabar angin bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Mereka bertanya kepada orang-orang yang balik daripada Uhud, mengapa mereka balik! Kalau begitu biarlah mereka yang balik ini memakai gelang-gelang mereka (yakni jadi perempuan) dan biarlah mereka yang pergi ke Uhud! Seorang wanita RdA diberitahu bapanya syahid, suaminya syahid, dan seterusnya, tetapi beliau bukan nak tahu ini - yang beliau nak tahu adalah samada Rasulullah SAW selamat. Bila beliau mengetahui yang Rasulullah SAW selamat, beliau syukur yang Rasulullah SAW selamat, yang bermakna agama selamat. Jika Rasulullah SAW tak selamat walaupun suaminya dsb. selamat, ugama tak juga selamat. Beginilah semangat mereka.

Sekiranya wanita mahu kembangkan agama di dalam rumahnya, Allah SWT akan buat sebab Allah SWT telah beri kebolehan kepada mereka. Di tempat saya ada seorang doktor yang isterinya kuat agama dan dia ingin menyuruh suaminya simpan (pelihara) janggut. Dia telah bermesyuarat dengan isteri tukang rambut dan menyuruhnya datang ke rumah dan tajamkan pisau. Bila suaminya bertanya kenapa, dia kata dia nak cukur rambutnya. Suaminya kata, "Eh, hodoh! (jelek!)" dan dia kata, "Abang lagi hodoh sebab potong sunnah Rasulullah SAW". Dengan itu suaminya mula simpan janggut. Allah SWT beri wanita kelebihan dan kebijaksanaan untuk bawa agama.


Wanita mempunyai tiga tanggungjawab.

Tanggungjawab pertama

Yang pertama adalah ketaatan kepada suami. Ini sebahagian agama yang besar. Kalau seorang wanita tidak taat kepada suaminya, ibadatnya tidak diterima. Amal-amal lebihan yang hendak dibuat perlu minta izin suami, kalau tidak, tak dapat pahala. Apabila ada taat, ini menjadi asbab untuk suami-isteri berdua beragama dalam rumah dan berdua dalam syurga, di mana katil isteri sebelah katil suami. Kecantikan isteri lebih daripada jumlah kecantikan bidadari, nurnya lebih daripada jumlah nur bidadari, cintanya lebih daripada jumlah cinta bidadari, dan semua ini untuk selama-lamanya. Taat suami adalah penting. Sahabat RdA ingin sujud kepada Rasulullah SAW. Baginda SAW beritahu bahawa jika Allah SWT benarkan sujud kepada selain daripadaNya, Baginda SAW akan meyuruh isteri-isteri sujud kepada suami mereka. Apabila isteri taat kepada suami dan mempunyai azamah (kebesaran) suami, ibadatnya diterima dan sifat-sifat baik datang. Kasih-sayang pun datang dan membawa kemakmuran rumah-tangga. Kalau tidak, sebaliknya berlaku. Usahakanlah sifat taat ini.

Memang tanggungjawab suami adalah untuk cari makan, tempat tinggal dsb. tapi kalau kerana usaha agama dia tak dapat nak tunaikan hak itu, isteri tak boleh tuntut. Sekali isteri-isteri Rasulullah SAW meminta hak mereka, dan Rasulullah SAW asingkan diri Baginda SAW daripada mereka selama sebulan. Berita angin yang Rasulullah SAW telah menceraikan isteri-isteri Baginda SAW telah tersebar, dan sahabat-sahabat RdA menangis. 'Umar RdA pergi minta izin untuk berjumpa Rasulullah SAW; tiga kali beliau RdA mencuba. Beliau RdA berkata yang beliau RdA bukan nak berpehak kepada anaknya Hafsah RdA, tetapi nak bincang perkara-perkara penting, barulah beliau RdA dibenarkan masuk. Setelah berbincang panjang, 'Umar RdA berkata bahawa wanita mereka (Muhajirin) telah terpengaruh oleh wanita Madinah dan Rasulullah SAW pun senyum dan tak berapa marah lagi. Apabila ditanya samada Baginda SAW telah menceraikan isteri-isteri Baginda SAW, Baginda SAW telah menafikannya. 'Umar RdA minta izin untuk menghebohkan bahawa Rasulullah SAW tidak menceraikan isteri-isteri Baginda SAW. Ayat Qur'an telah turun yang bermaksud: Wahai Nabi, beritahu isteri-isteri kamu kalau mereka terima keadaan-keadaan sekarang bolehlah kekal isteri, atau kalau tidak, boleh lepas. Semua isteri Rasulullah SAW menangis dan minta maaf dan tak nak apa-apa.

Agamalah yang memberi hak kepada wanita. Kalau agama ada, ada hak untuk wanita. Kalau tak, tak ada (haknya). Kalau orang sibuk untuk agama ini, dan kita minta hak pula, ini kezaliman besar. Pada hari kiamat, bukan mereka yang disoal, tapi kita disoal.

Wanita ada usul, lelaki pun ada usul. Kalau wanita salah atau silap, janganlah kita marah. Sekali di rumah 'Aisyah RdA telah datang hidangan madu dari isteri lain untuk Rasulullah SAW. 'Aisyah telah baling (lemparkan) madu itu tapi Rasulullah SAW tak marah. Kita kena bentuk mereka - seperti Rasulullah SAW, Baginda SAW biasa uli tepung, bersihkan rumah dsb. Hari ini kalau isteri kita sakitpun, dia kena kerja juga. Janganlah begitu.

Agamalah yang beri kepada kita hak. Tapi hak agama melebihi hak semua orang. Bila agama makin lenyap, maka lebihlah diperlukan kita memenuhi hak agama. Hari ini agamalah yatim yang terbesar - tak ada rumah yang mahu terima agama. Agama macam seorang bernama Abdul Ghafur yang dibesarkan dalam suasana dimana kalau kesalahan dibuat, ditegur oleh orang-orang tua. Kemudian orang-orang tua dah mati dan tinggallah Abdul Ghafur. Apabila dia membuat teguran, orang-orang muda tak terima dan disuruh keluar. Abdul Ghafur menangis. Dia berjumpa orang lain - Lala - yang bertanya sebab apa dia menangis. Lala pula bersimpati dengan Abdul Ghafur dan mengajaknya datang ke rumahnya dan mengatakan bahawa dia terima Abdul Ghafur.

Begitulah hari ini dalam rumah orang Islam tak ada tempat untuk agama, tapi ada orang lain yang haus yang terima. Hari ini orang Amerika terima agama, dan orang Eropah terima agama, tapi orang Islam buang agama. Allah SWT tak perlukan kita; kita perlukan Allah SWT. Kalau kita tak mahu agama, Allah SWT boleh tendang kita dan gunakan orang lain untuk sebarkan agama.


Tanggungjawab kedua

Para wanita adalah supaya mentarbiyah anak secara Islam, dan mendorong orang-orang lelaki keluar ke jalan Allah SWT. Seramai mana orang lelaki keluar sebanyak itulah agama masuk ke dalam rumah dan sebanyak itulah keamanan dan kemakmuran di dalam rumah.

Tanggungjawab ketiga

Yang ketiga adalah untuk menghidupkan agama dalam diri. Akhlak baik dan sifat malu harus dipupuk. Sembahyang lima waktu harus dijaga pada waktunya. Zikir dibuat pagi dan petang. Masa ditetapkan untuk bacaan Qur'an. Masa ditetapkan untuk taalim harian. Dengan cara ini, rumah jadi macam masjid, iaitu amal rumah jadi macam amal masjid. Rumah demikian dirahmati dan rahmat tersebar ke rumah-rumah lain.

Kalau kita terima dan peluk agama yang yatim, seperti Halimatussa'diah terima dan peluk Rasulullah SAW yang yatim, yang menyebabkan rumahnya dipenuhi berkat dan rahmat, rumah-rumah kita juga dipenuhi berkat dan rahmat. Oleh itu doronglah orang lelaki rumah puan-puan untuk keluar dan tertiblah diri puan-puan beberapa bulan sekali untuk keluar bersama laki-laki. Di tempat kami, ada orang-orang miskin mendorong lelaki mereka keluar: "Allah SWT pelihara kami dan abang." Bila mereka habis wang dan nak balik, isteri mereka kata jangan balik dulu - mereka akan jahit, dsb., dan hantar duit kepada suami. Bila mereka balik Allah SWT tambahkan berkat di rumah.

Wanita dibenarkan bekerja untuk jalan Allah SWT, seperti sahabiah-sahabiah RdA. Kalau keadaan tak cukup kerana agama - wanita dibenarkan kerja, tapi untuk besarkan dunia - tak dibenarkan. Sekali Hassan RdA sakit, dan Ali KrW dan Fatimah RdA nazar untuk berpuasa tiga hari. Ali KrW pergi jumpa seorang Yahudi dan ambil upah buat benang daripada kapas. Fatimah RdA tolong. Dapat upah bijirin dan buat tiga biji roti. Bila nak buka puasa datang seorang fakir dan minta sedekah. Tiga biji roti diberikan dan mereka buka puasa dan sahur dengan air dan tamar. Hari kedua diambil upah lagi dan roti dibuat, dan kali ini datang seorang miskin minta sedekah bila nak buka puasa. Roti diberikan lagi. Hari ketiga diambil upah lagi dan roti dibuat, dan kali ini datang seorang tawanan pula minta sedekah bila nak buka puasa. Roti diberikan lagi. Hari keempat Rasulullah SAW datang, dan lihat Fatimah RdA pucat. Allah SWT turunkan ayat dalam surah Adh-Dhahr memuji Ali KrW dan Fatimah RdA. Ia jadi asbab untuk agama tersebar.

Hari ini agama dalam keadaan teruk (parah) dan kita masih sibuk menambah harta, dan tak benarkan suami keluar ke jalan Allah SWT. Macamana agama akan tersebar?

Berilah nama untuk pergi negara jauh dan untuk suami. Kami nak lihat macam mana masturat-masturat lama di sini buat kerja. Masa pun dah habis walaupun benda nak cakap tak habis. Wanita yang beri suami keluar pada hari kiamat akan dibangkitkan dengan keluarga anbia', siddiqin, syuhada' dan salihin. Wanita yang sediakan tempat tidur suami untuk keluar akan masuk syurga lima ratus tahun dahulu daripada suami mereka yang keluar...


..:: muktamar selesai ::..

21/03/2005 ACC - Bersama dua exco KL(BKWAM)yang turut hadir memenuhi dewan utama muktamar sanawi PMRAM kali ke 72 di ACC KEHERAH. Sebahagian daripada badan pengurus PMRAM adalah terdiri daripada badan pengurus yang lama termasuk presiden PMRAM tahun lepas. Perkara ini bukanlah pertama kali berlaku dalam muktamar seperti ini kerana sebelumnya juga pernah berlaku perlantikan berturut turut sebanyak dua kali utk jawatan presiden PMRAM. Presiden PMRAM Tuan Harun Tuan Kob sememangnya seorang yang bertanggungjawab dalam menangani masalah yang dihadapi oleh ahli-ahlinya. Tidak hairanlah jawatan ini masih disandang oleh beliau.

Bersama sama berdoa agar persatuan ini berkekalan utk bersama menegakkan yang haq. Sekaligus mempunyai kuasa utk melahirkan ulama'-ulama' yang berketrampilan utk mendukung cita-cita nabi yang masih belum sempurna. aminn..

.::Mukatamar Sanawi will Begin Tomorrow::.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PMRAM akan diadakan utk rombakan badan penggerak yg lama kepada badan penggerak yg baru. Difahamkan bahawa tahun ini PMRAM akan mengekalkan organisasi tahun ini hingga beberapa generasi lagi tanpa merombak atau mengubah susunan carta organisasi BADAN PENGGERAK PMRAM 2004/2005. Utk berita selanjutnya akan diberitahu esok.

...:::Memperkasa Wahdah Menyemarak Iltizam:::...

Boikot Barangan Israel!!!


    nurishanies

klik gambar utk melihat senarai-senarai barang boikot.

Berhati-hati !!! ketika membeli barangan kegunaan harian anda.

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam? Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

Tersebut disenaraikan beberapa barangan yang dikenal pasti mempunyai kaitan pengeluarannya dengan Yahudi Israeil.


oleh
http://www.pmram.org/inpage/boycott

© ©COPYRIGHT 2005 - 2009. TSMC. Design by ; KUPIAH KELABU

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com